Pages

Like This Bog :

Wednesday, April 4, 2012

Geram !

Huh .

Sekarang aku sayang blog aku . Saya akan jaga awak blog . Tapi , saya akan hias awak kalau ada masa ye ? :)
Aku rasa , sejak kebelakangan nih , blog ini menjadi tempat untuk aku meluahkan perasaan . Tapi , macam mana nak privasi kan ?

Kat siapa lagi aku nak meluahkan isi hati aku kalau bukan kat blog nih ? Kakak aku pon tak ada kat sini . Takkan nak mesej dia setiap hari ? Takkan nak call dia setiap masa ? Untung lah buka kedai topup kalau aku hari-hari call kakak aku >.<
LELEK . Gurau je .


Kenapa la pagi hari ni boleh hujan ? Alhamdullilah . Tak bersyukur betul la aku nih . Bukan apa . Aku nak sekolah . Dah la beg berat . Ingatkan nak pegang buku . Disebabkan hujan , terpasak lah pegang payung daripada buku . Sedih . Sedih . Sedih .

Tertinggal bas pula ! Tak pe tak pe . Bukan satu bas je dalam dunia nih . Eceh . Nasib baik ada bas Causeway yang lain ~ Wow . Aku suka bas yang nih !

Lah ! Dalam bas cuma ada Afiq Farhand . *Sorry ea . Tak reti eja nama awak* :p and beberapa orang awam la . Biasa la , aku ngan adik aku suka duduk belakang-belakang . Tapi , bukan la belakang sekali .

OMG !!!!!!!!!

Aku nampak ex-boyfriend aku ! Aduh . Aduh . Aduh . Macam mana boleh jumpa dia ? Happynya >.<
Aku asyik tengok dia aja :D Bila aku dah tak tengok dia , dia pulak tengok aku >.<
Adik aku kata , dia tak pandang tempat lain pon . Asyik pandang aku OR adik aku >.<

Tetiba , bas nih tak berhenti kat bus stop . Dia jalan je . Aku pikir nak tekan loceng bila dah sebaris ngan sekolah . Tapi , budak belakang aku tuh , budak india sekolah rendah jenis kebangsaan tamil tegur aku dengan adik aku . Dia suruh aku tekan loceng sebab dia kata bas nih jalan straight je . Dalam hati , aku nak je tumbuk muka budak tuh . Tapi , kenapa nak tumbuk ? Niat dia kan baik :) Terima kasih ye awak . Saya hargai jasa awak .

Aduh . Apa la reaksi ex-bf aku tuh :/ Malu la .
Cuma Afiq farhand , adik aku dengan aku je yang turun . Hurm . Apa la Afiq Farhand ni ! Tak tunggu kawan pon . Main jalan je . Tak setia kawan betul ! LELEK . Gurau je :)

Dah sampai sekolah . Dah bertugas . Terus masuk kelas . Time nak masuk kelas tuh , jalan dengan Aifaa . Dia sempat tanya lagi , kenapa aku asyik sorang-sorang je ? Ouh . Aifaa kan bagus kalau aku dapat cerita keperitan hidup yang sedang aku lalui nih kat kau . Erk ?

Hurh . Bila sampai masa BIOLOGY . Aku dah agak ! Mesti dengar suara Jamil dengan jelas -_-
Datang dekat meja depan sekali then merepek macam orang tak betul . Dan realitinya , memang dia TAK betul ! Huh . Aku geram la dengan kau Jamil . Apa la salah aku kat kau . Aku selalu sangat ke buat kau sakit hati ? Kau tau tak ? Aku ni sabar je dengan perangai kau . Kau sedar tak ? Aku sakit hati la dengan kata-kata kau tadi . Tak kira la mana-mana kata kau selalu sangat buat aku sakit hati . Sedar la Jamil !

Bila rehat tuh , RAHMAN , sorang budak kelas aku nih dapat jadi pengawas percubaan tapi , dia malas nak jaga . Kahkah :D
Dia tak nak keluar kelas ! Aku just nak amik buku latihan Mathematics Modern je . Dia suruh letak palang kat pintu kelas , sebagai tanda tak ada budak dalam kelas . Gila ! Takkan aku nak bersubahat . Tak baik betul . RAHMAN tuh baik kan ? Plus kelakar . Bila rehat dah habis , aku masuk la kelas . Then , dia kata aku jahat sebab tak tolong dia . HAHA :D

Time Mathematics Modern tadi pula , Gan asyik bergaduh je . Tadi , aku terdengar Syikin cakap Gan macam SETAN kot . Tak sure la . Sebab aku nih bukan nak dengar sangat orang cakap apa time aku tengah menyalin nota yang cikgu bagi . Pas tuh Gan macam nak tampar Syikin . Err -_- Nasib baik RAHMAN halang Gan .

Pas tuh , Gan merepek apa ntah guna bahasa Cina dia tuh . Then , RAHMAN kata "Gan CELENG !" Cikgu tak ketawa pon bila RAHMAN cakap CELENG . Budak kelas dah ketawa . And ada beberapa yang tak ketawa . Maybe sebab diorang tak tau CELENG tuh apa . Kahkah :D
Kesian Gan . Dia tak tau pon maksud CELENG tuh :( Pas tuh RAHMAN panggil AGAS . Gan pon tak tau AGAS tuh apa . Kesian :(
Kalau aku bagi tau , nanti diorang gaduh pulak . Lebih baik aku diam je .


Bila kelas Mathematics Modern dah habis , masuk lah kelas PHYSICS . Budak kelas happy nampak bila Sir ROSMAN tak masuk . Huh -_-

Cikgu ROSNAIDI pulak masuk . Cikgu suruh kteorang buat kerja sekolah PHYSICS yang sebelum-sebelum nih . Tapi , aku tengok ada yang bersembang pasal nenek , sambung buat Mathematics Modern , buat latihan PHYSICS and bla bla bla . Cikgu check la kehadiran .

Cikgu kira budak yang ada dalam kelas cuma 36 . Tapi , kat buku kehadiran yang hadir ada 37 . Pas tuh , Jamil datang tempat aku then cakap kat Cikgu ROSNAIDI , " Cikgu tak kira budak nih kot *tunjuk aku* ."

Kebetulan aku bersandar macam nak baring sebab aku tengah sakit perut kerana kelaparan >.<
Pas tuh , budak kelas ketawakan aku ! Haizum dengan Widad dah ketawa gila-gila dah . Aku pon "KETAWA" gila-gila juga ! Korang tau tak ? Aku rasa macam nak lempang sorang-sorang je ! Kau tau tak , aku "KETAWA" sampai keluar air mata ! Itu bukan air mata kegembiraan ! Faham ? Itu air mata kesedihan ! Korang takkan faham perasaan aku . Biarlah aku je yang simpan perasaan tuh !

Aku malas la nak citer time balik sekolah . Just macam biasa je . Balik dengan Ika and kat bus stop terserempak dengan Ariff . Ala ~ Macam biasa je . Tadi aku kte naik bas yang sama macam tadi pagi kan Afiq Farhand ? Hihi >.<

Dah la . Bagi aku tak ada yang menariknya time balik nih ~
Esok kemungkinan besar aku kena stay sampai pukul 2.30 petang . Ada sesiapa nak join ? Aku nak belajar PYHSICS dengan BIOLOGY :) Hah ! Tak dapat la tengok BELLA CALAMIDADES >.< Padahal esok episode terakhir :(

Kuatkan semangat Zana ! Cerita BELLA tuh boleh tengok kat tonton.com.my. PYHSICS , BIOLOGY nak tengok kat mana ? Tak ada kat tonton.com.my kan ? So , lebih baik berkorban sikit :))

Dah la . Nampaknya , banyak homework aku yang tak siap lagi .

Jaa ~

Cast :

Afiq Farhand
Aifaa
Jamil
Syikin
Widad
Ika

2 comments:

wmaisarah said...

hahaha... ingatkan air mate kegembiraan... klakar la kau ni... ahaha

Zanariah Mohd Amin said...

Siapa gembira kalau kne kutuk dengan cara sedemikian -_-

err ~

back to top