Pages

Like This Bog :

Friday, April 27, 2012

Exam .

Huh .
Tajuk dah sama dengan post Ika . Hurm . Sekarang , aku malas nak bagi link-link Facebook . Penat T.T

Aku start exam hari Rabu hari tuh lagi . Tak sangka aku exam 2 minggu setengah . Ada la satu-satu hari yang belajar macam biasa je sebab ada periksa untuk pelajar bukan Islam .

Aku tak tau kenapa . Yang aku tau . Aku suka gila dapat exam berminggu . Bila dapat kertas , menangis sebab tak baca buku :p

Semalam kan kelakar la . Semalam ? Start hari Rabu hari tuh , aku tengok Haizum dah mula tegur Ika . Ok .

Hari Khamis . Time rehat aku duduk kat dalam kelas sebab nak baca Pendidikan Islam . Biasa la . Baca last minutes memang hobby aku .

Sebelum tuh , time rehat aku pergi tandas dengan Haizum . Pas tuh , nampak Lai . Sorry . Aku tak tau nak mengeja nama penuh Lai . Haizum asyik kacau dia je bila dia nak turun tangga . Dia lompat ~ Aha :D Ingatkan turun tangga macam biasa je . Cara dia turun tangga tuh memang ber-style la KOT .

Pas tuh , masuk kelas nak baca Pendidikan Islam . Tapi , Radhi nih pergi buat lawak . Dia nyanyi la ~~ Lagu yang dinyanyikan Radhi tuh untuk menyindir Rahman . Aha :D

Yang aku ingat ada perkataan perut besar . Pas tuh , ******** . Pas tuh dia tukar ********** >.< Apa nih . Teruk la kau Radhi . Lagi-lagi . Aha :D Radhi cakap apa erk ? Hah . Rahman ada burung yang nak terbang or something like that la . Pas tuh , Rahman dah tak nak dengar lagi , Rahman pergi jauh-jauh dari Radhi . Then , Rahman datang balik sebab dia nak baca buku . Kelakar la . Aku dah tak boleh berhenti ketawa . Aku ketawa sampai menangis . Kali nih yang keluar air mata kegembiraan . Aku dah lupa apa yang aku baca .

Hari nih pulak punya cerita . Hari Jumaat kan ? Ala . Hari nih , kertas Bahasa Melayu 2 . Start pukul 7.35 pagi . Wow . Sukanya aku <3 Aku tak jawab soalan peribahasa . Hebat tak ? Aku dah betul-betul tak tau peribahasa . Nak buat macam mana ?

Pas tuh , rehat macam biasa la . Pergi tandas . Aku asyik temankan Haizum pergi tandas je . Macam mana tak pergi tandas , tempat duduk kitaorang tuh sebelah air-conditioner . Pergh . Sejuk seyh ! Pas tuh berjemur kat matahari sebab nakkan kepanasan ~~

Masuk kelas tuh kan , boleh pulak tengok kertas jawapan BM kertas 2 milik Jamil . Aha :D Dia kata , dia lupa hantar . Patut ke ? Apapun . Tahniah . Jahat seyh aku .

Lepas tuh , aku tak sebab nak baca Biology . Sempat pun baca bab 2 dengan 3 . Tuh pun , Haizum yang ajar aku . Eceh . Haizum makin arif lagi bijaksana macam Gan la ~

Ouh . Tidak . Paper Biology hari ini amat menggembirakan hati aku dan aku tak tau kenapa .

Balik tadi kan , aku tak boleh berhenti ketawa sebab Aha :D Gila la adik aku buat lawak . Aku nak minum air pun sampai tersembur . Boleh pulak dia cakap Danny kena sampuk . Aha :D Abis Danny asyik berdiri tegak macam tugu and nampak macam tak bergerak-gerak . Ingatkan time ada bas tadi , dia tak naik . Diam kat situ je . Aha :D LELEK . Gurau je :))

Pas tuh , boleh pulak aku nih merajuk sebab tak dapat pergi pemilihan catur hari nih . Kadang-kadang kesian jugak tengok dia tak dapat pergi . Tapi , aku kesian tengok dia pergi sorang-sorang . Dah la panas . Pukul 3 pun masih panas . Huh -_-

Aku tak tau la apa dah jadi dengan aku nih . Aku masih online macam biasa je . Rasa macam tak ada apa-apa or tak de peperiksaan . Bila dah exam baru nak menangis .

Oh ye . Hari nih , dapat pun Shera ambil exam :)

Korang ! Rajin-rajin la baca buku ye ! Good Luck untuk periksa pertengahan tahun nih ! Aku tengok korang semua takut turun kelas ea ?! Tapi , kakak aku kata , Cikgu Julaiha cuma nak takut-takut kan kita je la ! Tak pe la . Suka hati korang la . Aku pun takut jugak ! Argh !

Jaa ~~

Cast :

Ika
Lai
Radhi
Rahman !
*jumpa pun gambar kau
Jamil
Danny
*sampai sekarang masih kuat makan

Friday, April 20, 2012

Memories

Ehem . Hari nih , bukan aku nak cerita pasal kenangan . Just teringat zaman muda-muda aku dulu .

Haizum kata , semalam Fendi kena rasuk . OMG . Kan bagus kalau aku dapat tengok . Tapi , aku tak kesah .

Tadi , Haizum cakap dia harap , dia dapat tengok macam tuh lagi . And time baca Yasiin kat sekolah , ada budak diorang kata kena rasuk . Erh ? Ye ke ? Tak tau sejauh mana kebenarannya . Yang aku tahu HUDA kot orangnya . LEKS . Aku fikir dia demam . Betul ke ? Argh . Tak kesah la .

Lepas habis masa Bahasa Inggeris , aku dengan Haizum terus pergi tandas and lalu kat depan kelas-kelas form 3 . Jumpa ustazah . Hihi :D Memang kebetulan time tuh masa ustazah . So , minta kebenaran keluar . Dah nak sampai baru minta kebenaran keluar . Aku ngan Haizum keluar bukan bawa pas pun . Hurm .

Dah lama aku tak pergi kantin sekolah . Dulu awal tahun , aku hampir tak pergi kantin sekolah . I mean hampir 1 or 2 bulan tak pergi . Maksudnya tak selalu pergi kantin . Kadang-kadang pun jarang .

Tapi , tadi aku cuma lalu tingkat 3 blok akademik baris kelas form 3 and bila aku pandang bawah , aku nampak kantin sekolah . Aku rindu la . Dah berapa lama aku tak pergi kantin sekolah :( Hurm .

Kelas aku baris makmal . Pagi aku bertugas kat dataran . Bila naik kelas , belajar apa semua , aku bertugas time rehat . Time rehat bertugas kat tingkat dua blok E&F . Baris makmal BIOLOGY + bilik jahitan . Bawah kelas aku je . Habis rehat , naik kelas , belajar apa semua . Then , balik . Balik bertugas kat tangga bilik guru dengan Shera . Dan hari-hari , aku ke tempat yang sama . Kalau keluar kelas pun pergi makmal BIOLOGY kalau tak pergi kelas 4 Cerdas kat bilik seminar kalau tak pergi library selain tuh pergi surau . Tuh je kot . Kadang-kadang hidup ini membosankan . Eceh . Ayat ~

Aku bukan tak suka dengan tempat bertugas aku . Aku suka bertugas kat blok makmal . Sunyi je . Tenang fikiran aku . Kadang-kadang tengok budak kawad . Or tengok budak sukan . And kadang-kadang aku nyanyi sebab sunyi sangat . Kadang-kadang buat homework . Hehe :D Biasa la tuh >.<

Erh ? Jauhnya . Aku cuma nak cakap yang aku tak turun kantin je -_-

Bila aku pandang kantin tuh , aku nampak satu pokok nih . Hihi :D
"Awas ! Pokok berduri " OMG Haizum . Kenapa kau peluk pokok tuh ? Kelakar la . Dah tulis dah kat situ suruh kita berhati-hati . Kau peluk jugak . Kau tengok akibat perbuatan kau yang bertamadun sangat tuh . Harith dah ketawakan kau . Aha :D Aku pun ketawakan kau . Sorry . Lawak la kau nih .

Hurm . Aku ketawa bila tengok pokok dekat dengan kantin tuh . Aku bagitau Haizum . And dia ketawa . Tau pun . Kau rindu tak zaman-zaman tuh . Aku rindu . And Ika + Haizum , bila korang nak macam dulu lagi ? Bosan la . Aku tengok , Haizum sekarang makin pandai atas kerajinan dia . And aku tengok sekarang , Ika dah makin sewel . Kejap merepek . Kejap goyang . Aku pun tak tau apa dah jadi kat kau Ika . Huh -_-

Tadi pun , aku sempat cerita kat Haizum pasal semalam dalam bas . Dah la semalam tertinggal bas . Ariff pon tak tunggu . Jahat betul . Kejam T.T Ramai la yang tinggalkan aku .

Tapi , aku semalam naik satu bas dengan adik aku punya kawan punya couple KOT . Agaknya la . Sebab aku tengok diorang selalu duduk bersebelahan bila naik bas sama-sama . Hurm . Aku duduk belakang sekali , dengan budak tuh + adik aku . Depan kitaorang budak india 3 ekor . Eh eh eh . 3 orang . Habis diorang tak reti duduk diam . Sorang asyik bergayut dua orang lagi main lari-lari dalam bas . Huh -_-

Huh . Malas la aku nak cerita pasal 3 budak hitam . Aha >.<

Yang penting budak india tuh lawak + gila . Kan awak yang duduk sebaris dengan kte + adik kte semalam ? Gila kan budak india tuh ? Tak dapat ku menahan ketawa . Kahkah :D

Ok . Aku rasa , sampai situ je kot . Pasal hari nih FB punya cerita , hurm . Tak ada apa-apa yang menarik kot . Cuma main komen-komen + chat dengan Ika , Harith , Ariff and Amerrudin . Tuh je kot .

Dah la . Aku nih . Sempat lagi update blog . Lagi berapa hari nak exam ?

Ok . Jaa ~

Cast : 

Fendi
Shera
Ika
Harith


Amerrudin
*agaknya

What the Fish

Alamak . Exam ? Ouh . Ouh . My God . Eceh . Nak exam baru ingat tuhan la ea ? Ish .

Aduh . Macam mana nih . Exam lagi berapa hari je . Jap . 5 hari lagi . Seminggu pon tak sampai . Bak kata cikgu cikgu aku , tolak waktu makan , waktu minum , waktu tidur , waktu online , waktu , waktu apa lagi ? Whatever la .

Aku lega gila 2 minggu yang lalu cerita BELLA CALAMIDADES dah tamat . Hurm . So , tak payah la aku nak kena balik rumah awal-awal setakat nak tengok cerita tuh . Tapi , tapi , tapi ,


Ala . Kenapa la perlu munculnya cerita Endless Love . Walawey ~ Aku benci cerita tuh .

Tengok tuh . Sekarang dah episode 8 . Aku tak tau kenapa . Aku tengok cerita tuh hanya untuk mengisi kebosanan aku je . Kebetulan tengah bosan . Sekarang , apa dah jadi ? Aku tengok setiap kali ada cerita tuh . And asyik nak balik cepat . Aduh . Cepat la tamat .

Endless Love in Philliphine
Sejak kebelakangan nih , SIR ROSMAN asyik adakan kelas tutorial je . Aku kadang-kadang rasa macam tak nak pergi je . Salah siapa ? Salah telenovela Endless Love tuh la . Takkan salah aku pulak . Urm . Aduh . Aku tengok kat youtube , cerita tuh ada 80 episode . Ye ke ? Hehe :D

Darab 10 mesti dah tamat . Cepat la tamat . Nak tau jugak ending cerita tuh macam mana >.<

Tengok tuh . Sekarang aku tergila-gilakan cerita tuh sebab ada Dennis Trillo . So what ? Huh . Kenapa la awak handsome . Cuba la handsome macam Dingdong Dantes kan kte tak kesah ! Huah T.T

Apa nak jadi . Aku harap , aku dapat tengok cerita tuh sampai habis dalam masa yang sama aku dapat jawab exam dan dapat buat yang terbaik dalam exam nanti . Mampu ke ? Berangan je lebih >.<

Tak apa . SIR ROSMAN selalu cerita . Kawan-kawan dia yang suka berangan , yang malas time kat bangku sekolah , and yang tak berapa pandai , time besarnya selalu berjaya . Aku harap , aku jadi macam kawan-kawan SIR . AMIN .

Ok . Endless Love . Awak lain kali jadi cerita jangan best sangat . Kan kita dah tersuka awak :)

Jaa ~

Cast :

Dennis Trillo
Dingdong Dantes

They and me are not acquaintance >.<

What a nice picture <3

Sunday, April 15, 2012

Dandelion's promise


Ok . Aku mengaku aku memang suka gila lagu nih . Tak tau kenapa ? Melodi dia nice kan ?

Tak paham lirik beb . Tak pe . Google Translate kan ada :)

Good job Jay <3

Friday, April 6, 2012

Beruntungnya dapat berkawan dengan awak .

Assalammualaikum !

Hye ! Come on ! Jangan la touching sangat ! Cheer up ! Lupakan hal yang lalu ~
Jangan sampai benda macam tuh boleh buat korang "DOWN" ! Kan ?

Walaupun aku wanita yang lemah . Eceh ! Tapi , kita perlu kuat menghadapi rintangan dan dugaan hidup .
*Ok . Kita tengok . Sampai bila Si Zana tuh boleh bertahan* >.<
*Walaupun aku sebenarnya masih sakit hati dengan orang tuh T.T

Ok . First , kelakar giler la semalam . Subjek terakhir semalam Bahasa Inggeris . Then , MISS FARIZAH suruh kitaorang story pasal cerita-cerita hantu . Gan cerita siap buat aksi lagi ! Err -_- Cerita dia lumayan seram seyh . Tapi , lagi seram time dia buat gaya yang hantu tuh tengah tengok dia . Kahkah :D

Then , RAHMAN pon ada cerita gak . Ain pon cerita jugak . Cerita Ain , memang giler la . Sampai hati dia cerita pasal terdengar bunyi muzik kat bilik muzik . And time tuh dia Form 2 . Sekarang bilik muzik tuh dah jadi kelas 4 cekal . Weyh . Student 4 cekal , hati-hati ya . Terutama yang selalu duduk dekat dengan suis air-conditioner tuh . LELEK . Gurau je .

Semalam pon , aku stay nak study . Tapi , apa yang aku dapat time stay semalam ? Dapat siapkan CHEMISTRY je . Then , cerita pasal cerita hantu . CHUNG , Haizum , Widad , Aqidah . Huh . Cerita ntah macam apa ntah . Haizum cerita , hurm . Ada siapa erk yang tengah duduk kat luar rumah . Time tuh tengah hujan panas . Then orang nih ternampak , ada benda tengah pegang payung . Tetiba benda yang tengah pegang payung tuh ada belalai ! Gila punya cerita . Dah la time tuh tengah hujan kat sekolah . Aku pulak balik jalan kaki . Aha :D Haizum tak habis-habis cakap . "Habis la kau Zana . Dia temankan kau nanti ."
Aku buat la ekspresi yang konon-kononnya aku tengah takut . What ? Apa yang seramnya ?

Then , diorang tak habis-habis nak takutkan aku . Aku balik biasa je . Widad masih ketawa sampai hari nih ! Gila jugak budak nih . Siap tanya lagi aku jumpa tak dengan "DIA" . Hihi :D

Haizum kata , semalam dia nak tidur tak boleh . Sebab teringat cerita Widad . Time tuh senior kat hostel Widad tengah tidur tapi terjaga . Kan Widad ? Lepas tuh , dia pikir bawah kaki dia tuh cuma beg . So , dia tendang la . Sekali "BENDA" tuh toleh kat budak tuh . Rupanya , KAKAK CANTIK . OMG ! Kalau aku yang ada kat posisi budak tuh . Aku rasa macam nak . Huh . Bukan sekadar pengsan . Tak tau bernyawa lagi ke tak >.<
Last-last , Haizum dengar lagu supaya dapat melupakan kisah yang di atas :p

Semalam tunggu mesej Ariff . Err -_-

Pagi tadi time nak hantar Yasiin kat depan dataran , ternampak Ariff pulak . Huh . Ni yang geram ni . Kenapa la aku asyik nak ketawa je nampak muka dia -_-
Tapi , pagi tadi , aku sedih sebab time aku nak temankan Haizum pergi tandas . Aku nampak Harith jalan sorang-sorang je . Kesian dia . Kan bagus kalau aku dapat temankan dia . Bertugas dengan dia . Satu kelas dengan dia . Err -_-

And time PENDIDIKAN ISLAM tadi , aku belajar bab Aqidah dengan bab Sirah . Tapi , satu apa pon aku rasa tak masuk otak sebab aku cuma dengar Haizum bercerita aja >.<
And I have something to say to Ika . Kau patut bersyukur ada kawan macam Haizum . Aku dengar cerita dia tadi . Banyak jugak pasal kau . Aku tak tau la tu menunjukkan dia perhatian kat kau or jealous . Tapi , aku dengar dia risau kat kau . And aku dapat tau yang kau dah dua hari tak datang sekolah . Aku tak tau pun kau tak datang sekolah . Tapi , dia tau . Aku tak tau pun kau sakit . Tapi , dia tau . Aku sememangnya bukan seorang sahabat yang baik dan setia pada kau . Aku nak sangat luangkan masa aku dengan kau Ika . And takut ustazah tengok aku nih asyik berbual je >.< Langsung tak ada adab belajar :p

Dia cakap dulu dia selalu dengan kau . Dia bukannya benci kat kau . Cuma time tuh dia geram sikit kat kau . And mood dia tak ok . Sekarang aku tengok , dia risau pasal kau . Dia cakap , kau sekarang asyik dengan Eiyka . Dia takut kau terpengaruh dengan Eiyka . Kau tau sendiri la yang Eiyka nih asyik cerita pasal lelaki je . Sebab tuh dia risaukan kau . Dia pun cakap kat aku dulu time dia selalu cakap-cakap dengan budak lelaki kat depan , kau macam tunduk-tunduk . Kononnya malu . Dia yang cakap . Aku tak . Lepas tuh , dia kata kau baik . Dulu dia selalu kemas kelas and kau selalu tolong . Kau selalu tolong orang kalau ada yang mintak pertolongan kau . Dia kata mak bapak kau pun baik-baik . Keluarga kau baik-baik . Dia kata mak bapak kau , kalau balik kampung pun buat sembahyang itu sembahyang ini . Tapi , anak-anak dia ? Dia takut kau jadi macam abang kau jugak . Dia kata gambar-gambar kat FB kau pun ergh . Gambar bosan la . Tak ada kerja la . Tuh dia yang cakap :)

Bagi aku , kau tiada perubahan . Mungkin di mata dia , kau dah banyak berubah kot . Aku rasa , kau patut berbaik je la dengan dia . Kalau tak nak , aku tak paksa . Just bagi tau je :) Sebab kita kan kawan . Kan ?

PRINSIP PERAKAUNAN tadi memang la . Ergh ! Cikgu cikgu . Saya sayang cikgu . And saya tau cikgu sayang saya . Tapi , saya nak bertugas :) Budak dah nak balik baru cikgu nak ajar . Kelakar la cikgu nih !

Gila la FAUZAN tadi ! Weyh ! Aku sabar je dengan kau . Kau selalu lepas bila lalu tempat jaga aku . Ish . Geram la ! Kau ni langsung tak ada belas kasihan kat aku . Tak nak kawan :p FADZIR kau bagi dia lalu pulak . Tak adil la kalau macam nih . Asyik-asyik aku kena tunggu kau balik , baru aku boleh balik . Bosan la . FAUZAN kan baik :) Jangan la macam ni kat kawan beb !
Aha :D



zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Dah la . Malas la rasa nak cerita lagi . Sebab , aku rasa macam dah tak de apa yang perlu diceritakan :)

Jaa ~~

Cast :


Ain

Widad

Aqidah

Harith

Ika

Eiyka


Macam la kau bagus sangat !

Post ni hanya untuk meng-release kan tension aku pada seseorang !

Dan orang itu , , , ,
Biarlah rahsia ~~

Giler lah kau nih . Kau asal tetiba macam nih ? Nak mati apa ? Boleh . Aku boleh tolong kau .

Aku rasa macam nak taip jalan cerita bagi kisah nih ! Tapi , ergh ! Aku tak boleh . Ianya terlalu privasi !

Aku tengok , kau asyik online je . Kau tak penat ke ? Kau tau tak ? Aku kan sebenarnya malu la nak mengaku yang kau nih kawan siapa - SIAL aku . Hah ! Ambik kau ! Kan dah kena ayat bombastik Harith yang super duper SIAL ! And aku sukakan ayat tuh !

Weyh ~ Aku sebenarnya menyampah nak tengok muka kau ! Tapi kalau bukan disebabkan someone yang paling aku sayang , aku terpaksa lah tengok muka kau yang double triple lebih teruk daripada ERGH !

Dah la ! Malas aku nak cerita pasal kau . Bazirkan tenaga aku manaip aja . Lebih baik kau pergi mampos ! Tenang hidup aku .

Apa yang aku taip nih , sebenarnya aku buat sebab aku sayang kau ! Kalau tak , aku takkan letak post kali nih pasal kau . Tolong lah hargai apa yang kau ada ! Kalau tak nak , kau boleh pergi BLA ~

Jaa ~~

Cast :

Harith

Wednesday, April 4, 2012

Geram !

Huh .

Sekarang aku sayang blog aku . Saya akan jaga awak blog . Tapi , saya akan hias awak kalau ada masa ye ? :)
Aku rasa , sejak kebelakangan nih , blog ini menjadi tempat untuk aku meluahkan perasaan . Tapi , macam mana nak privasi kan ?

Kat siapa lagi aku nak meluahkan isi hati aku kalau bukan kat blog nih ? Kakak aku pon tak ada kat sini . Takkan nak mesej dia setiap hari ? Takkan nak call dia setiap masa ? Untung lah buka kedai topup kalau aku hari-hari call kakak aku >.<
LELEK . Gurau je .


Kenapa la pagi hari ni boleh hujan ? Alhamdullilah . Tak bersyukur betul la aku nih . Bukan apa . Aku nak sekolah . Dah la beg berat . Ingatkan nak pegang buku . Disebabkan hujan , terpasak lah pegang payung daripada buku . Sedih . Sedih . Sedih .

Tertinggal bas pula ! Tak pe tak pe . Bukan satu bas je dalam dunia nih . Eceh . Nasib baik ada bas Causeway yang lain ~ Wow . Aku suka bas yang nih !

Lah ! Dalam bas cuma ada Afiq Farhand . *Sorry ea . Tak reti eja nama awak* :p and beberapa orang awam la . Biasa la , aku ngan adik aku suka duduk belakang-belakang . Tapi , bukan la belakang sekali .

OMG !!!!!!!!!

Aku nampak ex-boyfriend aku ! Aduh . Aduh . Aduh . Macam mana boleh jumpa dia ? Happynya >.<
Aku asyik tengok dia aja :D Bila aku dah tak tengok dia , dia pulak tengok aku >.<
Adik aku kata , dia tak pandang tempat lain pon . Asyik pandang aku OR adik aku >.<

Tetiba , bas nih tak berhenti kat bus stop . Dia jalan je . Aku pikir nak tekan loceng bila dah sebaris ngan sekolah . Tapi , budak belakang aku tuh , budak india sekolah rendah jenis kebangsaan tamil tegur aku dengan adik aku . Dia suruh aku tekan loceng sebab dia kata bas nih jalan straight je . Dalam hati , aku nak je tumbuk muka budak tuh . Tapi , kenapa nak tumbuk ? Niat dia kan baik :) Terima kasih ye awak . Saya hargai jasa awak .

Aduh . Apa la reaksi ex-bf aku tuh :/ Malu la .
Cuma Afiq farhand , adik aku dengan aku je yang turun . Hurm . Apa la Afiq Farhand ni ! Tak tunggu kawan pon . Main jalan je . Tak setia kawan betul ! LELEK . Gurau je :)

Dah sampai sekolah . Dah bertugas . Terus masuk kelas . Time nak masuk kelas tuh , jalan dengan Aifaa . Dia sempat tanya lagi , kenapa aku asyik sorang-sorang je ? Ouh . Aifaa kan bagus kalau aku dapat cerita keperitan hidup yang sedang aku lalui nih kat kau . Erk ?

Hurh . Bila sampai masa BIOLOGY . Aku dah agak ! Mesti dengar suara Jamil dengan jelas -_-
Datang dekat meja depan sekali then merepek macam orang tak betul . Dan realitinya , memang dia TAK betul ! Huh . Aku geram la dengan kau Jamil . Apa la salah aku kat kau . Aku selalu sangat ke buat kau sakit hati ? Kau tau tak ? Aku ni sabar je dengan perangai kau . Kau sedar tak ? Aku sakit hati la dengan kata-kata kau tadi . Tak kira la mana-mana kata kau selalu sangat buat aku sakit hati . Sedar la Jamil !

Bila rehat tuh , RAHMAN , sorang budak kelas aku nih dapat jadi pengawas percubaan tapi , dia malas nak jaga . Kahkah :D
Dia tak nak keluar kelas ! Aku just nak amik buku latihan Mathematics Modern je . Dia suruh letak palang kat pintu kelas , sebagai tanda tak ada budak dalam kelas . Gila ! Takkan aku nak bersubahat . Tak baik betul . RAHMAN tuh baik kan ? Plus kelakar . Bila rehat dah habis , aku masuk la kelas . Then , dia kata aku jahat sebab tak tolong dia . HAHA :D

Time Mathematics Modern tadi pula , Gan asyik bergaduh je . Tadi , aku terdengar Syikin cakap Gan macam SETAN kot . Tak sure la . Sebab aku nih bukan nak dengar sangat orang cakap apa time aku tengah menyalin nota yang cikgu bagi . Pas tuh Gan macam nak tampar Syikin . Err -_- Nasib baik RAHMAN halang Gan .

Pas tuh , Gan merepek apa ntah guna bahasa Cina dia tuh . Then , RAHMAN kata "Gan CELENG !" Cikgu tak ketawa pon bila RAHMAN cakap CELENG . Budak kelas dah ketawa . And ada beberapa yang tak ketawa . Maybe sebab diorang tak tau CELENG tuh apa . Kahkah :D
Kesian Gan . Dia tak tau pon maksud CELENG tuh :( Pas tuh RAHMAN panggil AGAS . Gan pon tak tau AGAS tuh apa . Kesian :(
Kalau aku bagi tau , nanti diorang gaduh pulak . Lebih baik aku diam je .


Bila kelas Mathematics Modern dah habis , masuk lah kelas PHYSICS . Budak kelas happy nampak bila Sir ROSMAN tak masuk . Huh -_-

Cikgu ROSNAIDI pulak masuk . Cikgu suruh kteorang buat kerja sekolah PHYSICS yang sebelum-sebelum nih . Tapi , aku tengok ada yang bersembang pasal nenek , sambung buat Mathematics Modern , buat latihan PHYSICS and bla bla bla . Cikgu check la kehadiran .

Cikgu kira budak yang ada dalam kelas cuma 36 . Tapi , kat buku kehadiran yang hadir ada 37 . Pas tuh , Jamil datang tempat aku then cakap kat Cikgu ROSNAIDI , " Cikgu tak kira budak nih kot *tunjuk aku* ."

Kebetulan aku bersandar macam nak baring sebab aku tengah sakit perut kerana kelaparan >.<
Pas tuh , budak kelas ketawakan aku ! Haizum dengan Widad dah ketawa gila-gila dah . Aku pon "KETAWA" gila-gila juga ! Korang tau tak ? Aku rasa macam nak lempang sorang-sorang je ! Kau tau tak , aku "KETAWA" sampai keluar air mata ! Itu bukan air mata kegembiraan ! Faham ? Itu air mata kesedihan ! Korang takkan faham perasaan aku . Biarlah aku je yang simpan perasaan tuh !

Aku malas la nak citer time balik sekolah . Just macam biasa je . Balik dengan Ika and kat bus stop terserempak dengan Ariff . Ala ~ Macam biasa je . Tadi aku kte naik bas yang sama macam tadi pagi kan Afiq Farhand ? Hihi >.<

Dah la . Bagi aku tak ada yang menariknya time balik nih ~
Esok kemungkinan besar aku kena stay sampai pukul 2.30 petang . Ada sesiapa nak join ? Aku nak belajar PYHSICS dengan BIOLOGY :) Hah ! Tak dapat la tengok BELLA CALAMIDADES >.< Padahal esok episode terakhir :(

Kuatkan semangat Zana ! Cerita BELLA tuh boleh tengok kat tonton.com.my. PYHSICS , BIOLOGY nak tengok kat mana ? Tak ada kat tonton.com.my kan ? So , lebih baik berkorban sikit :))

Dah la . Nampaknya , banyak homework aku yang tak siap lagi .

Jaa ~

Cast :

Afiq Farhand
Aifaa
Jamil
Syikin
Widad
Ika

Monday, April 2, 2012

Mood ?

Ehem .
Assalammualaikum .
*sejak bila aku alim macam Widad nih -_-

Urm . Hari nih , banyak betul homework . Geram betul la . Orang pagi-pagi sebuk buat homework , nih sebuk pulak gaduh-gaduh .

Kesian Gan . Aku tengok mood dia dah berubah dah . Ni bukan salah dia . Salah budak kelas yang bising la . Kalau la diorang tak bising , mesti la dia tak marah . Tengok tuh , siap baling-baling barang lagi . Harap je kelas pertama . Tapi , perangai , hampeh .
Urm . Gan diam je hari nih . Sabar ye .

Hari nih , aku asyik kena buli macam biasa . Bosan nak cerita . Nih , Haizum ngan best friend punya kerja la nih . BUli aku tak sudah-sudah . Korang tak bosan ke buli aku . Aku bosan la asyik kena buli dengan korang . Pukul aku la . Pijak kaki aku la . Tarik kerusi aku la . Himpit aku la . Macam-macam la . Tapi , korang tau tak perasaan aku . Aku malas nak balas balik . Korang tau tak kenapa aku tak balas .


Sebab aku hargai pertolongan korang kat aku . Aku tau , korang buli aku untuk suka-suka je kan ? Untuk release tension korang je kan ? Tak pe la . Korang banyak berjasa kepada aku . Korang banyak ajar aku dalam pelajaran . Aku tak tau nak balas jasa korang macam mana . Err -_-

Hari nih , cikgu ajar Fizik . Pergh . Dah la tulis laju + cakap pon laju . Tapi , boleh la catch up sikit-sikit . Bila cikgu Fizik mula kelas , huh , dah agak . Dia mesti lupa dunia . Syok betul mengajar anak didik dia tuh -_- Budak kelas dah tak sabar-sabar nak balik . Terima kasih cikgu . Cikgu sanggup mengorbankan masa untuk ajar anak murid dia . Saya sayang cikgu :))

Habis kelas Fizik je , ingatkan nak pergi bertugas . Walawey ~ Budak dah balik lah kak . Baru nak bertugas ? Dah lama . Wek :pp
Bosan la . Shera asyik dengan kawad dia je . Nak bertugas dengan aku pon tak ada masa . Geram seyh ! Takkan setiap hari bertugas sorang-sorang . Tak adil .

Huh . Then , boleh pulak pening . Tak tau kenapa . Maybe , sebab , urm . Ntah la >.<

Tadi , nampak Harith . Ingatkan nak tegur dia kejap . Tapi , malas la . Bila keluar sekolah je , macam biasa la , lepak dengan Ika plus Eiyka . Tapi , aduh . Aku tak boleh dengar orang bercakap la . Nanti rasa macam nak sepak je . Kesian diorang . Espcially Ika sebab aku paling rapat dengan dia . And selalu balik sama-sama . Tapi , tadi , dengan muka aku yang masam ditambah lagi kemasamannya yang terserlah tuh , aku toleh dia kejap , then aku bla ~~ Nak buat apa lagi ? Berambus la . Tapi , yang aku geram nya tuh . Boleh pulak depan aku tuh Ariff . Nasib baik dia lalu tempat lain . Malas nak toleh kiri kanan . Ain kat belakang pon tak tau . Teruk kan aku nih ? Tuh pon , adik aku yang bagi tau .

Then , jalan-jalan and sembang-sembang jap dengan Ain . Bila perasan Ariff , berhenti kejap . Nanti asyik nak ketawa je kalau jumpa dia . Tapi , tetiba mood pon dah terikut-ikut Gan . Hari nih , bila nampak Ariff je , tak boleh ketawa . Aduh . Aku tak tau la apa problem sekarang nih .



Nasib baik la mood aku berubah kepada yang lebih positif bila aku dapat online ! Yeah . Internet dapat mengubah mood saya ! Opps . I mean aku >.<

Buka FB dah nampak Widad online . Maklumlah . Hari nih tak jumpa dia . So , rindu pulak . Miss you :*

Then , sempat buka game ! The Sims Social tuh ~~

Petang tuh ! Boleh pulak my BF *beloved friend online . Bukan tuh je . Adik pon ikut online .
Ariff , Harith , Ika and Zulfikar Amin . Giler seyh . Kteorang main poke-poke .
main poke sampai lupa dunia 

Wow . Tak tau kenapa . Main poke-poke pon boleh buat aku ketawa . Bayangkan lah . Dalam satu masa , aku poke 4 orang sekali gus . Dengan tangan aku yang dah berpeluh nak gerakkan arrow . Mouse dah rosak . Time-time darurat macam nih la Mouse nak rosak . Cantik !

Main poke-poke sampai dekat magrib . Post-post gambar la . Kelakar la . Aku beruntung sangat ada kawan macam diorang . Tapi , aku rasa , aku dah lukakan hati Ika . Sorry awak ! Tak berniat .

Sampai nak sembahyang Maghrib pon , nak terketawa . Kahkah :D

Dah la . Tak tau nak citer apa lagi . Dah lewat malam dah kot . Esok sekolah . Presentation memanjang ~~~
*macam la aku yang buat presentation tuh -_-

Jaa ~~


Cast :

Widad
Shera
Ika
Eiyka
Harith
Ain

p/s : Sorry ~ Watak Gan dan Haizum tak ada gambar diorang >.<
And lagi sorang tuh , tak sanggup nak letak gambar . Sorry ye awak :)
back to top