Pages

Like This Bog :

Saturday, July 13, 2013

New Experience

Assalammualaikum :)

New experience . Actually , pengalaman ni berlaku hari Khamis : 11 Julai 2013 .

Balik sekolah hari tuh , time nak tunggu Ika balik , boleh pulak hujan lebat . Kebetulan time tuh ada Afiqah *member Ika . Kteorang berteduh lah bawah pokok . Ramai budak bas Afiqah yang tunggu bawah pokok . Dah la time tuh ada petir . Seram :/

Shera dah balik . Izaty dengan Afiqah *kawan Izaty pun dah balik . Bila bas Afiqah *kawan Ika dah sampai , aku dengan Ika cepat-cepat lari masuk sekolah . Baru nak berteduh dekat pondok Guard dalam sekolah , sekali tengok , ramai jugak yang berteduh kat situ . Tuh tak pe la jugak , ni masalahnya , aku berteduh kat situ , macam tak berteduh . Tetap basah . Aku dah la takut kalau buku-buku aku basah . Aku dengan Ika pergi la berteduh dekat tempat letak motor atau basikal . Memang dah lebat sangat time tuh . Aku berteduh kat situ sebab nak masukkan buku dalam beg plastik .

Sekali , ada ramai budak lelaki dengan perempuan kat situ . Aku tak pakai cermin mata , so tak nampak la budak form berapa . Yang geramnya , budak lelaki kat situ boleh "buuuuuu" kat aku dengan Ika . Ye lah . Kteorang basah kuyup -_- Tak pe korang . Korang beruntung sebab aku tak nampak muka korang . Bila dah masukkan buku dalam beg plastik , Ika minta aku temankan dia telefon mak dia . Kteorang pergi lah public phone dalam sekolah . Basah-basah macam tuh , kteorang masuk je . Dah la masih ramai kat sekolah time tuh . Diorang tengah tunggu parents maybe . Hurm .

Time aku temankan Ika , ada budak pengawas nih cakap something pasal aku dengan Ika . Ika yang cakap . Aku tak dengar pun . Biasa la . Aku kan pakai tudung basah time tuh , jadi , err , korang paham-paham lah sendiri . Kurang jelas bila ada orang cakap . Lagipun hujan plus petir time tuh . Ika telefon asyik tak dapat je .

Last-last , kteorang tunggu je mak Ika . Aku sebenarnya malu , tapi , aku nak balik . Mak Ika bagi tumpang . Mak Ika nak hantar aku balik , tapi aku tak nak . Sebab aku bawa motor . Beliau hantarkan dekat Petronas . Mak Ika suruh aku duduk je dalam kereta . Tunggu hujan reda . Lagipun , kalau tunggu hujan reda dekat luar kereta , ramai orang yang tengah tunggu hujan reda juga dekat Petronas tuh . Dah la ramai lelaki . Yang aku ingat , ada Pak Cik Yusoff , 2 orang pegawai polis , seorang pak cik umur dalam 30-an , seorang abang umur 20-an , seorang akak umur 20-an , dengan 2 orang budak lelaki tingkatan 5 satu sekolah dengan aku . Dalam kereta , kteorang sembang-sembang la . Macam-macam yang Mak Ika cerita . Nak aku bagitau tak Ika ? >.<

Dalam pukul 01:30 petang , aku dah turun dari kereta Mak Ika . Aku tunggu la hujan reda sikit-sikit . Polis lelaki nih , dah la parking motor belakang motor aku . Aku nak keluar tak boleh . Hurm . Nasib baik pak cik sebelah aku tuh dah keluar . Aku pusingkan motor , polis tuh tengok je . Aku bukan takut , aku geli -_-

Bila start motor tuh , enjin asyik mati je . Polis tuh bercakap dengan aku , aku senyum je -_- Bengang tau tak ! Aku tak dengar pun dia cakap apa . Pas tuh , aku cakap je yang enjin motor belum panas pulak . Brrr -_-

Bila enjin dah tak mati , aku jalan je -_- Gerimis je dekat Jalan Bacang . Dah sampai Jalan panjang Taman Bestari Perdana , tiba-tiba hujan pulak . Ish ish ish . Aku tak nampak jalan . Asyik sapu muka je . Tangan kiri aku dah jadi wiper :) Aku bawak motor jalan sebelah kiri bahu jalan je . Tiba-tiba air memercik . Jalan lagi , memercik lagi .

Last-last , aku jalan sedikit ke tengah . Suddenly , ketika aku lap muka aku guna tangan , aku rasa motor aku macam berat . Rupanya aku . Hahahahahahahaha . Aku pergi masuk dekat dalam banjir tuh .

Ala . Tak boleh bla la . Dah la kedalaman air tuh paras lutut aku , aku boleh pulak terus je tunggang motor tuh . Last-last , mati enjin . Memang la . Separuh motor aku tuh dah terendam dalam air . Kelakar la time tuh . Bengang pun ada jugak . Banyak kereta berhenti . Time aku tengah tolak motor ke belakang , lori pulak redah tempat banjir tuh . Dia pikir dia boleh lepas ? Lepas tuh , lori tuh jalan ke belakang . Bengang la tuh .

Bila aku dah keluar dari tempat banjir tuh , aku pun tunggu je la kat tempat U turn tuh . Dekat setengah jam aku tunggu . Bukan sebab apa . Cuma , hahahahahahaha .

Cuma enjin motor kan tak boleh start , macam mana aku nak jalan . Huh . Sabar je la . Aku asyik sebut "mama" "ayah" . Hahaha . Tapi , ada la juga terlintas dalam hati aku minta pertolongan dari Allah . Biasa la . Time susah macam tuh la , baru kita nak ingat Tuhan .

Alhamdullillah . Setelah 30 minit berada kat situ dah setelah 20 minit mencuba untuk start motor , berjaya juga akhirnya usaha aku .

Tapi , enjin tengah tak betul la . Dua kali mati enjin . Lepas tuh , alhamdullillah , lancar enjin motor tuh berfungsi . *erh ? Alim pulak aku .

Sampai rumah dalam pukul 02:30 petang .

Balik sekolah 12:30 tengah hari . Hujan pukul 01:00 petang . Start berteduh dekat Petronas sorang-sorang 01:30 petang . Start jalan daripada U turn berhampiran tempat banjir tuh 02:10 petang . Sampai rumah 02:30 petang .

Huh . Tuh je la new experience aku . Tak lawak pun -_-
Tapi , sahaja untuk kongsi dekat semua . Daripada pendam , lebih baik luahkan .

Assalammualaikum :)

Tuesday, July 9, 2013

Birthday girl , Ika

Assalammualaikum . .

Hurm . Hari ni hari jadi Ika yang ke 17 .
Ika , sorry tak dapat bagi hadiah yang lawa kat kau . Sorry tak dapat bagi kad ucapan yang lawa macam yang kau bagi kat aku time birthday aku 2 minggu lepas . Erh ? 2 minggu lepas kan birthday aku ? Tak sangka kan ? Birthday kau 2 minggu lepas birthday aku . Tak jauh pun . Kita ada jodoh la .

Ika , sorry tau , key chain yang aku bagi tuh tak berapa lawa . Sebenarnya , sebenarnya , aku tak tau nak bagi kau apa .

Ika , kau kan kaya . Kalau aku bagi apa-apa sekali pun , tetap nampak macam kecik je hadiah aku tuh . Ika , tuh la perkataan yang selama ni terngiang-ngiang kat kepala aku .

Ika , lawa tak beg bear tuh ? Aku sayang nak bagi kat kau . Aha :D Tapi , aku ikhlas . Comel kan bear tuh ? Macam kau :p Aku nak bagi barang yang paling aku sayang kat kau .

Ika , sedih la selalu tak dapat sama-sama dengan kau . Adakah ini yang terbaik untuk kita ? Selalu tak bercakap depan dia . Buat macam tak kenal bila aku jumpa kau tengah jalan dengan dia . Ika , seperti yang aku cakapkan dalam ucapan tuh , sekejap je kan masa berlalu . Walaupun 5 tahun kita kawan *aku anggap kau bestfriend , tak tau la kau anggap aku apa >.< Ok sambung , walaupun dah 5 tahun kita berkawan , tapi , tak rasa ke semua tuh macam 2 tahun je ? Kau rasa macam berapa tahun ?

Ika , kau tak rasa ke kertas ucapan aku tuh macam buat karangan ? Ni aku tambah lagi nih . Aha :D
Kau tau tak lagu WISH YOU MY LOVE ? Try dengar . Lagu kat Boys Over Flower . Sweet :3

Ika , lawa tak kotak hadiah tuh ? Aku dah cuba buat yang terbaik . Bagi aku , sebaik-baik hadiah untuk kawan aku , adalah hadiah hasil daripada tangan aku . Kalau aku beli sendiri hadiah pun , aku akan sampul baik-baik , lawa-lawa untuk kau .

Ika , aku bukan tak ikhlas , tapi , saja je nak cerita kat kau . Kau baca kan aku tulis surat tuh pukul berapa ? Aha :D Ngantuk Ika .

Ika , sorry tau . Kalau ayat dalam surat tuh , macam ayat orang nak mati . Kau perasan tak ? Sebenarnya , aku macam nak nangis time tulis tuh . Harap lah kita dapat jumpa lagi . Harap la kita dapat tetap jadi kawan baik walau kat mana sekali pun kau pergi .

Ika , aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kau . Doakan yang terbaik untuk aku juga ye ;)
*nampak macam tak ikhlas je aku nih >.<

Selamat Hari Jadi . Semoga sentiasa bahagia di samping ibu bapa tercinta , dan abang , adik yang degil >.<

Selamat menyambut Ramadhan jugak . Puasa penuh ye . Kalau tak , tak nak bagi hadiah :p
*Saja je . Aku tau kau takkan puasa penuh >.<


Good luck untuk you SPM :)

AMIN ~~~
Sincere from your friend ,
-ZANARIAH MOHD AMIN-
back to top