Pages

Like This Bog :

Saturday, July 13, 2013

New Experience

Assalammualaikum :)

New experience . Actually , pengalaman ni berlaku hari Khamis : 11 Julai 2013 .

Balik sekolah hari tuh , time nak tunggu Ika balik , boleh pulak hujan lebat . Kebetulan time tuh ada Afiqah *member Ika . Kteorang berteduh lah bawah pokok . Ramai budak bas Afiqah yang tunggu bawah pokok . Dah la time tuh ada petir . Seram :/

Shera dah balik . Izaty dengan Afiqah *kawan Izaty pun dah balik . Bila bas Afiqah *kawan Ika dah sampai , aku dengan Ika cepat-cepat lari masuk sekolah . Baru nak berteduh dekat pondok Guard dalam sekolah , sekali tengok , ramai jugak yang berteduh kat situ . Tuh tak pe la jugak , ni masalahnya , aku berteduh kat situ , macam tak berteduh . Tetap basah . Aku dah la takut kalau buku-buku aku basah . Aku dengan Ika pergi la berteduh dekat tempat letak motor atau basikal . Memang dah lebat sangat time tuh . Aku berteduh kat situ sebab nak masukkan buku dalam beg plastik .

Sekali , ada ramai budak lelaki dengan perempuan kat situ . Aku tak pakai cermin mata , so tak nampak la budak form berapa . Yang geramnya , budak lelaki kat situ boleh "buuuuuu" kat aku dengan Ika . Ye lah . Kteorang basah kuyup -_- Tak pe korang . Korang beruntung sebab aku tak nampak muka korang . Bila dah masukkan buku dalam beg plastik , Ika minta aku temankan dia telefon mak dia . Kteorang pergi lah public phone dalam sekolah . Basah-basah macam tuh , kteorang masuk je . Dah la masih ramai kat sekolah time tuh . Diorang tengah tunggu parents maybe . Hurm .

Time aku temankan Ika , ada budak pengawas nih cakap something pasal aku dengan Ika . Ika yang cakap . Aku tak dengar pun . Biasa la . Aku kan pakai tudung basah time tuh , jadi , err , korang paham-paham lah sendiri . Kurang jelas bila ada orang cakap . Lagipun hujan plus petir time tuh . Ika telefon asyik tak dapat je .

Last-last , kteorang tunggu je mak Ika . Aku sebenarnya malu , tapi , aku nak balik . Mak Ika bagi tumpang . Mak Ika nak hantar aku balik , tapi aku tak nak . Sebab aku bawa motor . Beliau hantarkan dekat Petronas . Mak Ika suruh aku duduk je dalam kereta . Tunggu hujan reda . Lagipun , kalau tunggu hujan reda dekat luar kereta , ramai orang yang tengah tunggu hujan reda juga dekat Petronas tuh . Dah la ramai lelaki . Yang aku ingat , ada Pak Cik Yusoff , 2 orang pegawai polis , seorang pak cik umur dalam 30-an , seorang abang umur 20-an , seorang akak umur 20-an , dengan 2 orang budak lelaki tingkatan 5 satu sekolah dengan aku . Dalam kereta , kteorang sembang-sembang la . Macam-macam yang Mak Ika cerita . Nak aku bagitau tak Ika ? >.<

Dalam pukul 01:30 petang , aku dah turun dari kereta Mak Ika . Aku tunggu la hujan reda sikit-sikit . Polis lelaki nih , dah la parking motor belakang motor aku . Aku nak keluar tak boleh . Hurm . Nasib baik pak cik sebelah aku tuh dah keluar . Aku pusingkan motor , polis tuh tengok je . Aku bukan takut , aku geli -_-

Bila start motor tuh , enjin asyik mati je . Polis tuh bercakap dengan aku , aku senyum je -_- Bengang tau tak ! Aku tak dengar pun dia cakap apa . Pas tuh , aku cakap je yang enjin motor belum panas pulak . Brrr -_-

Bila enjin dah tak mati , aku jalan je -_- Gerimis je dekat Jalan Bacang . Dah sampai Jalan panjang Taman Bestari Perdana , tiba-tiba hujan pulak . Ish ish ish . Aku tak nampak jalan . Asyik sapu muka je . Tangan kiri aku dah jadi wiper :) Aku bawak motor jalan sebelah kiri bahu jalan je . Tiba-tiba air memercik . Jalan lagi , memercik lagi .

Last-last , aku jalan sedikit ke tengah . Suddenly , ketika aku lap muka aku guna tangan , aku rasa motor aku macam berat . Rupanya aku . Hahahahahahahaha . Aku pergi masuk dekat dalam banjir tuh .

Ala . Tak boleh bla la . Dah la kedalaman air tuh paras lutut aku , aku boleh pulak terus je tunggang motor tuh . Last-last , mati enjin . Memang la . Separuh motor aku tuh dah terendam dalam air . Kelakar la time tuh . Bengang pun ada jugak . Banyak kereta berhenti . Time aku tengah tolak motor ke belakang , lori pulak redah tempat banjir tuh . Dia pikir dia boleh lepas ? Lepas tuh , lori tuh jalan ke belakang . Bengang la tuh .

Bila aku dah keluar dari tempat banjir tuh , aku pun tunggu je la kat tempat U turn tuh . Dekat setengah jam aku tunggu . Bukan sebab apa . Cuma , hahahahahahaha .

Cuma enjin motor kan tak boleh start , macam mana aku nak jalan . Huh . Sabar je la . Aku asyik sebut "mama" "ayah" . Hahaha . Tapi , ada la juga terlintas dalam hati aku minta pertolongan dari Allah . Biasa la . Time susah macam tuh la , baru kita nak ingat Tuhan .

Alhamdullillah . Setelah 30 minit berada kat situ dah setelah 20 minit mencuba untuk start motor , berjaya juga akhirnya usaha aku .

Tapi , enjin tengah tak betul la . Dua kali mati enjin . Lepas tuh , alhamdullillah , lancar enjin motor tuh berfungsi . *erh ? Alim pulak aku .

Sampai rumah dalam pukul 02:30 petang .

Balik sekolah 12:30 tengah hari . Hujan pukul 01:00 petang . Start berteduh dekat Petronas sorang-sorang 01:30 petang . Start jalan daripada U turn berhampiran tempat banjir tuh 02:10 petang . Sampai rumah 02:30 petang .

Huh . Tuh je la new experience aku . Tak lawak pun -_-
Tapi , sahaja untuk kongsi dekat semua . Daripada pendam , lebih baik luahkan .

Assalammualaikum :)

Tuesday, July 9, 2013

Birthday girl , Ika

Assalammualaikum . .

Hurm . Hari ni hari jadi Ika yang ke 17 .
Ika , sorry tak dapat bagi hadiah yang lawa kat kau . Sorry tak dapat bagi kad ucapan yang lawa macam yang kau bagi kat aku time birthday aku 2 minggu lepas . Erh ? 2 minggu lepas kan birthday aku ? Tak sangka kan ? Birthday kau 2 minggu lepas birthday aku . Tak jauh pun . Kita ada jodoh la .

Ika , sorry tau , key chain yang aku bagi tuh tak berapa lawa . Sebenarnya , sebenarnya , aku tak tau nak bagi kau apa .

Ika , kau kan kaya . Kalau aku bagi apa-apa sekali pun , tetap nampak macam kecik je hadiah aku tuh . Ika , tuh la perkataan yang selama ni terngiang-ngiang kat kepala aku .

Ika , lawa tak beg bear tuh ? Aku sayang nak bagi kat kau . Aha :D Tapi , aku ikhlas . Comel kan bear tuh ? Macam kau :p Aku nak bagi barang yang paling aku sayang kat kau .

Ika , sedih la selalu tak dapat sama-sama dengan kau . Adakah ini yang terbaik untuk kita ? Selalu tak bercakap depan dia . Buat macam tak kenal bila aku jumpa kau tengah jalan dengan dia . Ika , seperti yang aku cakapkan dalam ucapan tuh , sekejap je kan masa berlalu . Walaupun 5 tahun kita kawan *aku anggap kau bestfriend , tak tau la kau anggap aku apa >.< Ok sambung , walaupun dah 5 tahun kita berkawan , tapi , tak rasa ke semua tuh macam 2 tahun je ? Kau rasa macam berapa tahun ?

Ika , kau tak rasa ke kertas ucapan aku tuh macam buat karangan ? Ni aku tambah lagi nih . Aha :D
Kau tau tak lagu WISH YOU MY LOVE ? Try dengar . Lagu kat Boys Over Flower . Sweet :3

Ika , lawa tak kotak hadiah tuh ? Aku dah cuba buat yang terbaik . Bagi aku , sebaik-baik hadiah untuk kawan aku , adalah hadiah hasil daripada tangan aku . Kalau aku beli sendiri hadiah pun , aku akan sampul baik-baik , lawa-lawa untuk kau .

Ika , aku bukan tak ikhlas , tapi , saja je nak cerita kat kau . Kau baca kan aku tulis surat tuh pukul berapa ? Aha :D Ngantuk Ika .

Ika , sorry tau . Kalau ayat dalam surat tuh , macam ayat orang nak mati . Kau perasan tak ? Sebenarnya , aku macam nak nangis time tulis tuh . Harap lah kita dapat jumpa lagi . Harap la kita dapat tetap jadi kawan baik walau kat mana sekali pun kau pergi .

Ika , aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kau . Doakan yang terbaik untuk aku juga ye ;)
*nampak macam tak ikhlas je aku nih >.<

Selamat Hari Jadi . Semoga sentiasa bahagia di samping ibu bapa tercinta , dan abang , adik yang degil >.<

Selamat menyambut Ramadhan jugak . Puasa penuh ye . Kalau tak , tak nak bagi hadiah :p
*Saja je . Aku tau kau takkan puasa penuh >.<


Good luck untuk you SPM :)

AMIN ~~~
Sincere from your friend ,
-ZANARIAH MOHD AMIN-

Saturday, March 23, 2013

Ninja Warriors T.T

Ninja Warriors ?

Assalammualaikum semua =..=

Ninja Warriors ea ? Apa kebenda nih korang rasa ? >.<
Sebenarnya kan , aku aktif main game Ninja Warriors nih sejak bulan November 2012 yang lalu .
Aku suka main game nih . Explaination :

  1. Game nih banyak pasal Naruto Shippuden . And aku pengemar kartun tuh . *poyo rr
  2. Dapat ramai kawan bila main game nih 
  3. Bukan setakat tuh je , aku pun dapat ramai musuh main game nih
  4. Ramai beggar *and I love beggar :p
Hehe :D

Sejak aku main game Ninja Warriors nih kan , aku dapat ramai kawan . Tak habis-habis dengan ramai kawan =..=

Ye la . Aku dapat ramai kawan dan musuh dari luar negara >.<
Ok . Kawan baik aku kat game nih , Wilson Sensen . Budak nih lahir tahun 2000 >.<
Dia nih dah aku anggap macam adik aku . Aku anggap dia adik angkat aku , walaupun , dia tak anggap aku sebagai kakak angkat dia >.<

Wilson Sensen . *nama sebenar KOT .
Lahir 18 September 2000
Berasal dari Indonesia .
Nama ID kat Ninja Warriors Nagimoto >.<

ARGH ! Kalau main Ninja Warriors , aku suka sembang dengan clan member aku . Aku tak tau la , ramai tak yang tahu aku nih perempuan . Diorang kata , jarang budak perempuan main game tuh >.<
Aku rasa , dah 5 orang tahu aku nih perempuan . Pertama , of course la adik aku >.< Kedua , Wilson . Ketiga , adik dia . Keempat , Aiman *clan member aku . Kelima , aku tak kenal dia . Tapi , dia boleh cakap melayu dan dia sekarang level 95 >.<

Best la . Aiman nih , aku tak berapa rapat sangat dengan dia . Aiman sebaya dengan Harith >.< Aiman form 4 tahun nih . PMR 7A . Boleh la tuh . Terror la jugak :o

Clan leader aku nih , Raflise Bin Ahmad . Seorang yang baik . Pernah topup kan ID aku 3 kali :')
Kawan dia cakap , umur dia 19 tahun o.O tak tau la betul ke tak :p Setiap ahad suka pergi car wash >.< It's means dia seorang yang pembersih kan ? Tapi , pemalas . Apa susah ? Cuci la kereta sendiri Raflise :p

Panjang tak ea aku taip ?
Bla bla bla bla
Sampai sini je la post aku untuk hari nih . Hihi :D
Sorry kalau ada salah eja nama . Or menyinggung perasaan pembaca .
Bye Bye :) and Assalammualaikum ~~~

Tuesday, March 19, 2013

Change to a bad person

Assalammualaikum .
Baik tak aku sekarang ? Bagi salam setiap kali nak buat post >.< *geli je puji diri sendiri :p

Monday : 18 March 2013
Hari nih , aku tak tau la kenapa tiba-tiba je , personality aku berubah . Hehe :D
Change to a bad person . Hari nih , Radhi start naik sekolah . Sebelum nih , dia tak masuk kelas sebab sibuk dengan aktiviti kokurikulum dia je . Yang aku tau , dia masuk bola . I means masuk pertandingan main bola =..= *betul ke ayat aku nih ?
Hurm . First sekali masa BIOLOGY !!!! Tak siap homework yang cikgu bagi time Cuti Tahun Baru Cina >.< *terukkan aku ?
Tapi , sebelum tuh . Kteorang kan kena pergi makmal . Pas tuh , time aku , Shera , Ain , Radhi , Rahman , Fendi nak keluar , ada 2 orang budak nih , bagi kertas BIOLOGY kat Radhi . Kertas tuh sebenarnya , Jamil punya . Budak tuh suruh Radhi bagikan kat Jamil . Aku terdengar Radhi cakap " Aku jijik la pegang kertas dia ". Jahat seyh mulut Radhi nih .
Ok , sambung oasal homework BIOLOGY . . .
Ramai yang hantar walaupun tak siap :/ Tapi kan , aku rasa , aku yang paling teruk KOT . Sebab terlalu banyak yang tak siap :o
Lepas tuh masa Pendidikan Islam , kteorang pergi surau sekolah . Sebab ada group yang buat presentation guna komputer . Tapi , bila dah sampai , group yang buat presentation guna komputer tuh cancel . Diorang nak guna kertas majong je . Huhu :o
Bla bla bla bla bla blajar ~~~~~

................Rehat ...............

Lepas rehat je masa ADDITIONAL MATHEMATICS . Erh ? Betul ke tuh kepanjangan bagi Add Math ? Lupa lah >.<
Time Add Math nih lah yang aku berubah personality . Tak tau kenapa . Aku asyik kenakan Rahman je :o Kesian dia . Ish . Selalunya , dia yang kacau aku tau . Dia selalu kenakan aku . Tapi , hari nih , aku yang kenakan dia :p

Hehe :D Bosan . Sebab tuh kot aku kacau dia . Masa MATHEMATICS tadi kan , suara Fendi agak tinggi la bila dia cakap dengan Cikgu Fathiah :/

Aku dengan Rahman dan ber , ber , ber apa erk orang panggil ? Pandang antara satu sama lain . Sebab , Fendi cakap kasar dengan cikgu . Fendi kata , bukan dia marah dengan cikgu . Tapi , ntah lah . Aku sendiri pun tak tau :o

Oh ye ! Tak lupa jugak . Tadi , masa Add Math , ada kucing comel masuk kelas :)
Dia dari depan kelas , pergi ke belakang kelas . Lepas tuh , pergi depan balik . Kucing tuh pergi kat tempat Haizum . Pas tuh , Haizum belai-belai kucing tuh . Then , kucing tuh baring-baring kat lantai tempat Haizum >.<
Kucing tertidur sampai masa terakhir habis . Comelnya kucing tuh tidur >.<

Izaty kejam . Dia suruh aku cucuk kucing yang tengah tidur dengan jarum :'o Kesian meow :*

Tuh je kot untuk hari nih . *poyo je ayat .
Kalau ada masa , aku cerita yang lain pulak .
Assalammualaikum and bye bye :)

Friday, March 15, 2013

Happy Birthday budak LOL-ing

Hurm .
....................

Happy Birthday . Erk ? Selamat Hari Jadi awak yang ke-16 . Kan ?

Nak cakap apa erk ?
Sebenarnya kan , kte kan , nak minta maaf .
Dengar citer dari Harith , awak merajuk kat kte :/

Ala . Awak nih touching la . Kte kan tanya je time tuh =..=

Patut la awak lama tak mesej kte . Rupanya sebab merajuk =..=
Ish . Susah la cakap dengan budak kuat merajuk nih :p

Kte minta maaf la kalau ada buat awak sakit hati =..=

Tahun ni kte SPM . *tuh pun nak bagitau .
Doakan kte .

Wait . Lain pulak citernya nih =..=

Ok ....

Semoga panjang umur , murah rezeki sempena birthday yang ke 16 :)
Jangan tinggal solat =..= *kte tengah alim sekarang .
Good luck in your SPM 2014 too .
Jangan banyak main game je =..=
Belajar rajin-rajin ,

Jangan lupa kte dengan Ika kalau dah success =..=
*Poyo :p

Nak cakap apa lagi erk ?
............................................................................................................................

Baru je tahun lepas kte plan nak bagi present kat awak . Tapi , awak dah pindah pulak .
Kalau pindah bagitau tak pe jugak . Ni tak . Main pindah je .

Kesian Azraie dengan Danny =..=
*tak ada kaitan dengan kte pun =..=

..... Bye bye .....
*I means , Assalammualaikum :)
back to top