Pages

Like This Bog :

Wednesday, August 29, 2012

Ketawa .

Hi !

Erh ? Hi dengan siapa seyh aku nih ? Syok sendiri .

Hari nih , aku balik sekolah terus update blog . Well . Hari nih , memang banyak bagi aku perkara yang berlaku kat sekolah . *banyak lah sangat ~

Hari nih , aku sampai sekolah je terus buka zip bag , then terus keluarkan buku latihan sejarah . Copy sikit jawapan Haizum . Tapi , Haizum siap sikit je . Aqidah dah siap . Terror seyh . Aku tunggu Widad . Biasa lah , Widad budak nya rajin plus pandai . Bila dia dah sampai , terus aku tanya dah siap SEJARAH ke belum ? Dia kata dah . Aku pinjam lah buku dia . Tapi , tak sempat sebab aku nak pergi bertugas . Aku ajak Shera temankan aku check dengan blok E&F aras bawah . Jalan . . . Pas tuh , tengok arnab :)


Bila aku dah pergi dekat dataran nak baca Yasiin , Kak Nazathul suruh aku bertugas kat depan . Aku dah terperanjat . Depan ? Alamak . Untuk saat tuh , aku tak boleh jaga depan . Tau sendiri lah kenapa . Kalau hari-hari lain aku on je . Jaga depan , tak ada hal lah . Tapi , ,

Tadi ada Ariff . Mana boleh aku bertugas kalau ada Ariff . Last-last , aku pergi depan cuma ambil Yasiin je . Aha :D Senga*

Pas tuh sambung bertugas kat belakang . Suka aku lah nak jaga mana . *Jahat seyh aku :(

Lepas dah habis baca Yasiin , kteorang bertugas lah . Buat spot-check . Mula-mula aku pergi dekat lorong C . Pas tuh , bila dah tak ada budak yang lalu lorong C , aku pergi bertugas dekat lorong B ( tempat Shera buat spot-check ) . Aku pun check lah sorang budak nih . Stoking budak perempuan nih pendek . So , aku suruh dia naik kan stoking dia tuh . Bila dia dah naik kan , aku tengok stoking dia masih pendek lagi . So , aku suruh lah dia ke tepi sebab stoking dia masih pendek . Dia takut . Aku tarik lah ke tepi . Aku tarik tuh tak ada lah kasar sangat . Biasa je . Pas tuh , Shantini pun suruh dia ke tepi . Last-last , dia pun pergi lah sebelah aku . Aku cakap lah baik-baik dengan dia . Kalau stoking tuh boleh naik , aku lepaskan lah dia . Budak tuh tersasul cakap . Dia kata , stoking kan kena atas lutut . Aku dah nak ketawa dah . Aku cakap lah . " atas buku lali lah . Bukan atas lutut " . Ops . Sorry buat awak bengang .

Bila dia dah betul-betul naikkan , aku lepaskan lah dia . Aduh . Takut sangat nak kena bawak pergi bilik disiplin . Itu memang tanggungjawab aku tarik budak nih . Kenapa sebab aku tak suka tahan budak nih , sebab diorang suka sangat bagi banyak alasan . Geram !

Lepas tuh , aku nampak Eiyka . Eiyka tanya kat aku . " Nampak Atiqah tak ?" Aku jawab lah tak . Ala . Ika tak datang ke ? Huhu T.T

Lepas tuh , Lynn suruh aku hantar budak-budak yang kena tahan dekat bilik disiplin . Tapi , Lynn pun ikut sekali . Masa pertama masa PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN . So , tak kesah lah masuk lambat . Bila semua budak kena tahan masuk bilik disiplin , aku , Shera dengan Lynn pergi lah naik kelas . Aku tengok Haizum bertngkus lumus menyiapkan kerja SEJARAH >.<

Aku pun nak ikut . Lepas tuh , diorang kata kena pergi kelas 4 cerdas . Ramai yang dah turun . Time tuh , aku tengah join Haizum buat SEJARAH . Lepas aku dah siap buat SEJARAH , aku pinjam buku Haizum nak copy jawapan PJ soalan 3 . Nasib baik aku dah siap latihan PJ tuh kecuali nombor 3 . Lepas dah siap tuh , aku ajak lah Haizum pergi 4 cerdas . Aku ingatkan aku dengan Haizum je yang lambat . Rupanya ada lagi . Izaty dengan Khaty masuk lambat . Tak silap aku sebab diorang pergi perjumpaan pengakap laut . Lepas tuh , cikgu PJ bagi latihan . Aku duduk sebelah Eiyka . Tiru jawapan dia >.<

Lepas dah siap kerja , aku sembang-sembang lah dengan Eiyka dengan Haizum sekali .

Dah lama sikit , masa PJ pun habis . Aku dengan Haizum dah sampai kelas . Dah lama sikit , Widad masuk . Aku cakap kat Widad . "tadi aku pinjam buku kau tau . Copy sikit " Pas tuh dia kata . " Pulangkan balik jawapan aku . Aha :D "

Dah lama sikit , erh ? Bukan dah lama sikit , dah lama sangat cikgu pun masih tak masuk . Jamil bagi keropok , keropok apa lah . Yang aku tahu , dia cakap kat depan kelas . " Bagi lah diorang semua . Widad ke siapa ke " . Pas tuh dia sebut nama aku . Haizum ! Geram seyh aku . Haizum kata " Zana , dia panggil kau Zana . Dia sebut nam kau tuh " . Apa nih ? Dia pun panggil nama Widad jugak ! Senga* !

Aku memang tak boleh bla la time tuh . Ketawa sampai tak henti-henti .

Dah lama sikit , Afifi cakap dekat Haizum nak makan asam tak ? Haizum tanya lah asam tuh dari siapa ? Dia kata Jamil kot . Aha :D

Terus Haizum tak nak makan . Haizum letak lah asam tuh dekat meja Azriena . Lepas tuh , Haizum kata dia suka makan asam , tapi disebabkan asam tuh dari Jamil , Haizum tak nak makan >.<

Tapi , last-last , Haizum makan satu asam . So , aku pun makan lah satu asam tuh . Aha :D
Aku makan berapa ketul asam je . Haizum makan dah lebih daripada separuh . Boleh dikatakan dah nak habis ~ Kelakar lah .

Beberapa minit berlalu , cikgu pun sampai . Cikgu SEJARAH masuk ! Bagi salam kat cikgu lepas tuh duduk . Cikgu kata nak check kerja sekolah siap tak . Cikgu panggil Rahman . Pergh . Tak silap aku Rahman kena rotan 55 kali . Pergh . Aku pernah kena rotan dengan Cikgu Nasruddin . Dua kali rotan . Pergh ! Pedih seyh . Apa lagi 55 T.T

Cikgu pun ada panggil Radhi , Fendi , Jamil , Asma , Azriena , Asyikin . Budak perempuan tak kena rotan sebab dah siap . Budak lelaki melayu semua kena rotan . Aku paling ingat Jamil kena 25 kali . Budak lain tak kena panggil . Termasuklah aku :)

Cikgu berdiri lepas tuh sandang beg galas dia . Afiqah dah suruh budak berdiri . Tapi , cikgu bangun sebab nak bagi latihan , 3soalan . Kalau tak siap 3 soalan . 55 kali rotan sempena tahun kemerdekaan yang ke-55 . Sabar je .

Lepas cikgu Nasruddin keluar terus Cikgu Zarini masuk . Cikgu Zarini bagi masa untuk kteorang salin soalan SEJARAH . Lepas salin cikgu nak ajar komsas . Lepas dah salin , cikgu suruh Jamil baca sajak rangkap pertama , Izaty baca maksud rangkap pertama . Jiha baca sajak rangkap ke-2 , Fendi baca maksud rangkap ke-2 . Bila dah habis baca , cikgu bagi jawapan bagi soalan dekat modul . Soalan 1 , soalan 2 , lepas tuh bunyi telefon cikgu . Mya ( Humairah ) bagi tahu cikgu yang handphone cikgu berbunyi . Cikgu kata panggilan nih sulit . Cikgu cakap dengan pemanggil dekat luar kelas . Lepas tuh cikgu masuk balik and cakap dia kena keluar kejap sebab nak uruskan sesuatu . Budak kelas aku tanya lah cikgu , berapa lama cikgu keluar . Cikgu kata bergantung kepada orang tuh . Kalau siap cepat , cikgu masuk kelas balik . Tak silap aku antara Radhi atau Rahman cakap " ala ~~ Baru nak belajar " Aha :D

Lepas tuh , cikgu keluar . Diorang terus bising . Macam apa ntah . Pasar malam jual ikan busuk . Erk ? Ada ke ? Lepas tuh , kteorang bising dan kebisingan diorang memang tak dapat dikawal . Aku tengok , semua budak kelas aku tak ada yang duduk kat tempat duduk masing-masing . Kecuali budak cina kelas aku . Tapi , ada lah 2 atau 3 budak cina yang tak diam . Barjalan aja kerjanya . Example : Lai dengan Cheong Hock Yong . Hock Yong pergi dekat tempat duduk cina perempuan . Sembang pasal apa ntah . Lai jalan ke sana lah , ke sini lah .

Sampai dah habis masa BM2 . Konklusinya , cikgu sempat masuk kejap je >.< Lepas tuh , terus rehat . Aku pun pergi lah bertugas . Aku jaga dekat tangga blok E&F . Aku jaga sorang-sorang je . Lepas tuh , Alif naik . Alif bertugas dekat blok E&F . Aku jangga tangga je . Kteorang jaga aras 3 , tingkat 4 . Kemudian Lynn pun muncul . Dia check , aku bertugas ke tak . Alif bertugas ke tak . Pas tuh , Lynn pun berlalu >.<

Aku pergi lah kat tempat jaga Alif . Alif pulak pergi dekat tempat jaga aku . Ouh . Tidak ! Tempat jaga Alif tuh merupakan tempat jaga Ariff ! Kan Ariff . Kita tahu . Kita pernah nampak awak bertugas kat situ :p

Aku nampak kan , ada nama Ariff kat dinding ! Lepas tuh ada bentuk hati <3 bawahnya ada nama Nisa Maya . Siapakah ? Huah T.T

Tapi kan , aku pun baca bawah nama Nisa dengan Maya tuh , huruf Z A H/N A . Hurm . Aku tak paham huruf tuh . Tapi , tetiba aku ketawa . Ouh tidak ! Nasib baik tak ada budak kat situ dan nasib baik Alif tak dengar . Aha :D Aku dah makin tak betul lepas asyik ketawa kat kelas tadi .

Bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla

Habis rehat . Aku pun masuk lah kelas . Bila aku letak kasut aku , aku nampak kasut Widad tapi tak nampak kasut Haizum . Kemudian , baru lah Haizum masuk .

Sabar je lah . Cikgu Hanisah tak masuk ! T.T Tak belajar ! Pergh sabar je lah . Sabar kenapa ? Sebab diorang tak habis-habis buli aku dengan Jamil . Weyh . Please lah . Aku dengan Jamil kan gurau . Aku takut satu kelas anggap aku dengan Jamil serius . Huah . Aku dah pening dah . Aku buat lah sejarah soalan yang Cikgu Nasruddin baru bagi tadi . Yay . Dah nak siap . Kepala aku memang pening gila la time tuh . Dengan budak kelas aku yang tak habis-habis sebut nama aku sebab aku dengan Jamil . Pas tuh , bertambah pulak dengan kebisingan budak kelas aku yang tak waras . Aha :D

Budak kelas aku ajak pergi beraya ramai-ramai . Aku teringin sangat nak ikut . Tapi , mak aku tak bagi T.T Sedih lah . Aku jealous tengok diorang !

Iklan kejap . Itu antara sebab kenapa kelas aku bising . Sebab diorang tengah plan pasal beraya . Pas tuh , ada yang main congkak , ada yang main kunci-kunci kawan diorang dekat bilik . Yang paling aku tak sangka boleh pulak Si Teh Fock Tin baca buku . Err -_-

Boleh masuk dalam otak ke ? Hurm . Lepas tuh , Haizum ajak aku mencari ketenangan . Aku tanya lah nak cari ketenangan kat mana pulak ? Dia kata kat tandas >.< Haha :D

Aku dengan Haizum pun pergi lah tandas . Aku nak keluar pun masih kena buli dengan diorang . Lepas dah pergi tandas , aku berhenti kejap dekat laluan blok C . Hurm . Kat kelas sejuk , pergi tandas basuh tangan sejuk . Ditambah pulak kena angin . Makin sejuk . Hurm . Sedap angin kat luar . Weee ~~


Memang dah sah-sah cikgu BM1 tak masuk . Lepas masuk kelas je , Haizum ajak aku kemas bilik stor kat belakang kelas aku . Aku pun kemas lah sekali dengan Haizum . Sebenarnya , mula-mula Haizum pergi bilik stor sebab nak main kat situ sambil rileks-rileks sebab kat bilik tuh tak dengar sangat bising-bising . Bilik stor bersepah sangat , so , aku dengan Haizum pun kemas lah bilik tuh .

Sampai lambat kteorang pergi makmal BIOLOGI . Time BIOLOGY kteorang belajar paper 3 je .

kring ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Balik la . Aku keluar lambat sikit . Sebab dah tak boleh turun . Sesak !

Lepas tuh naik tangga sebelah bilik kaunseling . Nampak pujaan hati pulak . Nampak Ariff >.<

Lepas tuh , aku nak jalan dengan Shera . Shera tengah dengan Lynn . Aku pun join lah sekali . Pasal beraya tuh lah . Diorang plan nak pergi rumah Lynn ramai-ramai . Lepas tuh , aku cakap " boleh tak bawak budak belakang sekali ?" Kebetulan Ariff belakang Lynn . Aha :D I wonder , boleh ke tak . Hurm . Sebab , lepas aku cakap macam tuh , aku terus lari >.<

Balik , temankan Shera beli Iceblend ~
Tunggu bukan main lama . Last-last , aku balik dulu . Bye Shera ~~

Aku jalan dengan adik aku . Aku toleh lah belakang . Aku nampak budak pengawas lelaki . Aku tak tau pun tuh Ariff . Ingatkan dia dah balik dulu . Dah setengah jalan , adik aku pusing belakang . Dia kata Ariff lah kat belakang >.<


Bila dah sampai bustop , aku nampak kucing semalam . Semalam , ada sekor kucing nih merayau . Lapar lah tuh . Dah la aku bawak kuih raya time tuh . Aku suruh adik aku pegang muruku milik Haizum yang diberi oleh Ika . Kemudian , kucing tuh macam nak panjat adik aku . Tangan kucing tuh dah ada kat seluar adik aku . Last-last , aku ambil muruku tuh daripada adik aku . Aku bagi kat kucing tuh . Kesian kucing tuh lapar . Hah ! Aku jumpa kucing semalam ! Tadi tuh flash back je >.<

Aku nampak kucing semalam kat bustop . Aku nak makan jajan Apollo . Bila aku nak buka plastik , kucing lain pulak yang tengok . Aku buka plastik jajan tuh , pas tuh aku tanya kat Kasha " kucing makan coklat tak ?" Dia kata , test lah bagi dulu . Kucing tuh makan lah ! I mean isi dalam coklat tuh . Aku bagi lah lagi . Kesian meow . Aha :D

.........................................................................................

Bas Iskandar sampai lah . Aku pun naik lah . Ariff pun >.<

Sampai hati dia duduk sebelah perempuan T.T

Ariff lah orang pertama yang turun . Dia tekan loceng . Bila bas hampir nak berhenti , ada budak lain tekan loceng . Kan Ariff ?

Lepas tuh , bila dah sampai Pulasan , aku pelik . Asal bas nih tak berhenti . Cyntia kan duduk Pulasan . Pas tuh kawan Cyntia , tengok lah Cyntia , asal Cyntia tak tekan loceng . Rupanya loceng nya tak bunyi . Kesian Cyntia . Dia turun jauh . Tuh pun ada budak menjerit suruh pak cik tuh berhenti . Pak cik tuh tetap tak berhenti . Bila ada sorang mak cik nih suruh berhenti , baru pak cik bas berhenti . Cyntia turun , lepas tuh belakang Cyntia ada budak form 3 lelaki turun sekali dengan Cyntia . Pas tuh budak tuh cakap kat pak cik bas tuh " lain kali tukar loceng baru " Budak kat belakang dah ketawa dah :(

Kesian pak cik bas tuh . Aku selalunya turun dengan Atikah . Atikah nih duduk Nenas . Sama dengan aku . Dekat je dengan rumah aku . Tapi , dia turun dekat bustop Nenas yang dekat depan Mangga . Aku rasa tuh jauh . Aku turun kat tempat biasa .

Aku pergi kat pak cik bas tuh , cakap lah yang aku nak berhenti depan simpang tuh . Sebelum pak cik tuh berhenti , pak cik tuh cakap dengan aku . Dia kata , "tengok tuh kawan-kawan awak . Suka sangat main-main loceng . Nanti pak cik tak letak loceng terus baru tau ." Aku senyum je . Lepas pak cik tuh dah nak berhenti , aku cakap lah terima kasih . Aku tak tau lah pak cik tuh dengar ke tak . Bila aku dah turun , aku pun cakap terima kasih lagi . Tapi , aku rasa dia tak dengar jugak kot . Hurm :(


Kesian betul pak cik tuh . Terima kasih pak cik sebab berhenti dan hantar saya balik dengan selamat T.T

Sayang pak cik ! Lagi pun , saya selalu naik bas pak cik . Kan pak cik ? Saya tahu pak cik duduk mana . Aha :D

Tuh je kot yang aku nak kongsi . Mana ada aku salah taip atau salah bahasa atau salah kerana menyinggung perasaan sesiapa , mohon kemaafan . Eceh >.<

Jaa ~

Cast :

Radhi

Rahman 

Lynn

Azriena and Shera .
*belakang tuh tak payah tau lah .

Izaty and Nabihah

Jiha

Lai
Fendi
Aqidah
Asyikin
Jamil
Ika
Widad
Mya ( Humairah )

No comments:

back to top